Jumlah Pelawat Blog Ini


Friday, December 14, 2007

KHASIAT DAN KEAJAIBAN DAUN ALOE VERA

Ia mempunyai kuasa penyerapan semulajadi yang dapat menembusi lapisan dalam tisu-tisu badan.

Ia merupakan suatu tumbuhan pembersih semulajadi untuk membersihkan darah dari segala jenis kekotoran yang tidak seharusnya berada didalam tubuh badan manusia

Ia memberikan kesan bius terhadap tisu-tisu badan yang dapat menghilang atau melegakan sakit sendi, sengal-sengal dan sebagainya

Ia bertindak sebagai pembasmi kuman, bakteria, hama(virus), dan kulat(fungus) apabila ia dikekalkan di dalam kepekatan yang tinggi


Ia berperanan di dalam memecah dan menghakiskan keluar tisu-tisu yang telah mati baikpun nanah melalui tindakan Enzim Proteolytik dan membersihkan muka.

Ia berkesan dalam menghentikan pendarahan pada permukaan kulit yang luka atau mengalami kecederaan.


Ia mempunyai kesan julap semulajadi untuk melawaskan pembuangan air besar malahan sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit, buasir dan pendarahan.

Ia bertindak untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru pada tubuh badan

Ia bertindak sebagai pelembap semulajadi dan sesuai untuk berbagai jenis permukaan kulit

Ia sesuai dalam mengimbang suhu badan, memulihkan dan lain-lain

Ia berkesan sebagai pencegah bengkak semulajadi dengan bertindak sebagai steroid tetapi tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.

Ia mencegah gatal-gatal serta menghentikan alahan

Ia mencuci saluran darah dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan

Ia memberikan kesihatan dan memberikan tenaga kepada tubuh badan dengan menyediakan pelbagai jenis khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat seperti Vitamin, Zat Galian, Enzim, Asid Amino dan sebagainya.

Ia mampu untuk memulihkan fungsi organ tubuh badan yang telah luntur dari masa ke semasa sekaligus memulihkan pelbagai masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan.

No comments: